Monday, September 12, 2011

Malas


Isk dah menjadi-jadi penyakit malas aku ni. Nak update status FB pun malas. Update blog ape tah lagi. Banyak benda nak cerita. Lain kali lah. Saya malas!

Peringatan: Malas adalah tabiat yang buruk!



Tuesday, August 23, 2011

Karenah Anak-Anak


Aku baru baca blog kawan aku. Aku ada cerita yang baru terjadi semalam dan aku harap cerita ni dapat dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Anak adalah anugerah yang tak ternilai yang diamanahkan pada kita. Ye, memang tanggungjawab kita sebagai ibu bapa perlu mengajar dan menegur setiap kesilapan yang mereka lakukan. Tapi ianya tidak semudah itu. Sometimes we think that we already thought them well but still they won't listen. Atau ada ketikanya mereka berkelakuan baik walaupun kita tak pernah suruh. Tidak ada ibu bapa yang sempurna dan tidak ada anak-anak yang sempurna. Semuanya perlukan masa.

Semalam petang, aku sampai nursery pukul 6.15 petang. Masa tu entah kenapa aku rasa penat dan ngantuk yang luar biasa. Aku fikir, takpe lah lelap mata sekejap. Selama 4 tahun lebih aku pergi balik hantar dan ambil Hs kat nursery, aku tak pernah lelap dalam kereta. Bila tersedar je dah pukul 6.25 petang. Aku cepat-cepat pergi nursery. Buka je pintu nampak muka Haikal monyok. Rupa-rupanya beberapa minit sebelum aku ketuk pintu nursery, Haikal dan beberapa budak lain main kejar-kejar. Walaupun dah ditegur oleh helpers di nursery tu, diaorang still berlari-lari. Budak-budak...

Nak dijadikan cerita seorang budak (Hana) terjatuh. Haikal yang tengah berlari ni pun terjatuh lalu menghempap Hana. Budak berdua ni sebaya. Tapi si Haikal tu badan besar. Hana ni halus je. Dipendekkan cerita masa aku tengok tangan Hana tu macam ada yang tak kena. Bila dilepas, tangan dia terkulai dan macam ada benda keras yang terbonjol. Ya Allah, berderau darah aku. Kitorg try contact ibu Hana tapi tak berangkat. Tak lama lepas tu Ayah dia sampai. Aku minta maaf on behalf of my son and explained everything to him. Dia nampak macam marah dan aku faham. Aku volunteer nak bawa pergi hospital tapi dia kata dia nak bawa. Aku bagi no telefon aku kat dia dan minta dia telefon aku bila tau result. Dalam kepala asyik fikir, kalau lah aku terus ambil Hs tadi...

Aku tak marah Haikal. Aku cakap elok-elok tanya apa yang jadi, dia keep on cakap dia tak sengaja. Dia terjatuh dan dia tak sengaja. What else can I say kalau dah dia monyok sepanjang petang, duduk kat sofa tak buat apa-apa. Setiap kali aku tanya, dia akan cakap abang tak sengaja. Aku ni sah-sah lah dah tak ada mood. Rasa bersalah dan risau dengan condition si Hana tu. Aku call parents Hana, diorang kata diorang tengah tunggu nak x-ray kat PPUM.

Aku minta Ayah Hs balik sebab aku rasa bersalah sangat. Bila Ayah Hs sampai, kitorg terus ke PPUM. Dengan harapan, kalau diorang marah pun. diorang akan sejuk sikit bila tengok kehadiran kami. Sedih sangat bila tengok gambar x-ray. Confirm tangan Hana patah. Berkali-kali Ayah Hs dan aku minta maaf. Alhamdulillah diorang faham dan layan kitorang dengan baik. Sebelum ni pun kalau Hadif kena gigit kat nursery sampai lebam pun, aku x pernah marah dan simpan dendam pada parents budak yang menggigit tu. Mungkin Allah nak tunjuk yang kalau kita berbuat baik, insyallah akan dibalas baik.

Haikal memang aktif tapi bukan lah nakal sampai tahap nak membahayakan nyawa orang lain. Things happen. Kadang-kadang kita tak boleh nak control. Sebagai ibu kita kena faham yang budak-budak ni banyak karenah dan biasanya kesalahan yang diorang buat adalah di luar kesedaran diorang. Lebih-lebih lagi budak-budak belum mumaiyiz ni. Jalan yang terbaik adalah dengan memaafkan dan sentiasa berdoa semoga mereka menjadi anak yang lebih baik.

Kepada parents yang selalu berkecil hati sebab anak mereka kena pukul atau gigit atau apa-apa saja perlakuan yang kurang menyenangkan, cakap lah elok-elok dengan budak yang berkenaan, kemudian beritahulah ibu bapa mereka dengan cara yang paling lembut. Bukan dengan cara marah-marah atau melabelkan budak tersebut sebagai jahat. Ibu-bapa yang ditegur pun perlulah show some concerns dengan meminta maaf. What goes around comes around. 

Semoga Hana cepat sembuh dan aku sentiasa berharap Haikal dapat belajar dari kejadian semalam.


Most of the time they all behave well.



Thursday, August 11, 2011

Jiwa Kacau


Korang biasa dengar tak orang kata sambil berpuasa sambil berdiet? Mesti biasakan.. Aku pun tak ketinggalan lah memasang niat. Tapi jangan lah pulak berniat "sahaja aku berpuasa sambil berdiet kerana Allah Taala". Terpesong hokayy. 

Niat yang utama ketika menjalankan rukun Islam yang ketiga ni mestilah berusaha mencari taqwa, di samping menginsafi kesusahan dan keperitan orang yg kurang berkemampuan. Selepas itu, baru la boleh berangan-angan mengecilkan perut yang comel. Ye la, kalau ikut logik schedule makan ketika bulan ramadhan ni dah habis bagus dah. Awal pagi makan.. Siang ketika kita sibuk melakukan aktiviti harian, organ-organ dalaman kita memproses ape benda yang kita makan. Habis proses and kalau masih tak cukup, dia akan bakar lemak-lemak dan kalori-kalori yang degil tu untuk melengkapkan keperluan tenaga kita. Maghrib makan, kemudian diikuti dengan senaman. Tak perlu lah lepas buka puasa korang berduyun-duyun ke Gym untuk bersenam. Tapi cukup dengan solat fardu dan solat tarawikh. Haaa kan perfect kan? Kalau ikut teori, patutnya selepas 11 hari berpuasa mesti boleh kurang sikit berat badan kan? kan?

TAPI masalahnya sekarang, masuk hari ni dah 3 kali aku naik turun scale. Haram 0.1kg pun tak turun. Tahu tak aku dah tempah baju kebaya untuk raya tahun ni? Tahu tak? Tahu tak? Tsk...tsk.. T_T





Wednesday, August 10, 2011

Haikal-Man


Kesian betul si Ahmad Haikal. Dah hampir dua minggu birthday dia berlalu, baru hari ni mama dia nak update kat blog. Mama dia busy hokayy! Banyak urusan duniawi dan urusan akhirat :)

Haikal dah 4 tahun! kejap je kan? Rasa macam baru je terbaring kat operation table. Kaki tak boleh gerak tapi kepala sibuk toleh kiri kanan nak tengok doktor buat apa. Ehhh time hadif pun aku buat benda yang sama. Patut rasa baru. haha

As usual, kami buat small makan-makan kat nursery. Tahun ni celebrate birthday dia 4 hari lebih awal. Sebab? 30th August 2011 jatuh pada hari Sabtu. Hari Sabtu tak ramai budak kat nursery. Tak best! 

Beberapa bulan sebelum tu, dia dah sibuk request birthday ultraman. Puas google, tapi tak jumpa kek ultraman yang cantik. Kalau ada pun mahal. Dek kerana nak memuaskan hati anak bujang ku itu, maka mama dengan gigih mengedit gambar ultraman ni. Maka jadi la... kek Haikalman!


Ini lah rupa kek tu. Haikal sangat suka!


Kanan-kanak ribena beratur baca doa sebelum masuk tandas


Bergilir-gilir masuk tandas untuk cuci tangan


Ayah Hs sangat femes di sini. Berebut-rebut nak duduk atas riba.


Simple je. Nugget and cocktail sausage. Kids sure love it. 


Adik yang sangat kagum dengan kek abang.


Dah ready nak potong kek Haikalman.


Happy Birthday to Haikal... Happy Birthday to youuuuuu...


One happy boy!


Kanak-kanak riang!


Mama buat-buat busy


Makan Time!


Makan time!


Seperti biasa, lepas makan semua pengsan


Birthday boy kata dia sangat gumbiraaaa!!


Untuk anak mama, mama doakan abang membesar dengan sihat dan jadi anak dan hamba Allah yang berguna. Semoga segala urusan abang dunia dan akhirat dipermudahkan. Amiinnn..