Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Haikal-Man


Kesian betul si Ahmad Haikal. Dah hampir dua minggu birthday dia berlalu, baru hari ni mama dia nak update kat blog. Mama dia busy hokayy! Banyak urusan duniawi dan urusan akhirat :)

Haikal dah 4 tahun! kejap je kan? Rasa macam baru je terbaring kat operation table. Kaki tak boleh gerak tapi kepala sibuk toleh kiri kanan nak tengok doktor buat apa. Ehhh time hadif pun aku buat benda yang sama. Patut rasa baru. haha

As usual, kami buat small makan-makan kat nursery. Tahun ni celebrate birthday dia 4 hari lebih awal. Sebab? 30th August 2011 jatuh pada hari Sabtu. Hari Sabtu tak ramai budak kat nursery. Tak best! 

Beberapa bulan sebelum tu, dia dah sibuk request birthday ultraman. Puas google, tapi tak jumpa kek ultraman yang cantik. Kalau ada pun mahal. Dek kerana nak memuaskan hati anak bujang ku itu, maka mama dengan gigih mengedit gambar ultraman ni. Maka jadi la... kek Haikalman!


Ini lah rupa kek tu. Haikal sangat suka!


Kanan-kanak ribena beratur baca doa sebelum masuk tandas


Bergilir-gilir masuk tandas untuk cuci tangan


Ayah Hs sangat femes di sini. Berebut-rebut nak duduk atas riba.


Simple je. Nugget and cocktail sausage. Kids sure love it. 


Adik yang sangat kagum dengan kek abang.


Dah ready nak potong kek Haikalman.


Happy Birthday to Haikal... Happy Birthday to youuuuuu...


One happy boy!


Kanak-kanak riang!


Mama buat-buat busy


Makan Time!


Makan time!


Seperti biasa, lepas makan semua pengsan


Birthday boy kata dia sangat gumbiraaaa!!


Untuk anak mama, mama doakan abang membesar dengan sihat dan jadi anak dan hamba Allah yang berguna. Semoga segala urusan abang dunia dan akhirat dipermudahkan. Amiinnn..


Monday, June 13, 2011

A Man Behind the Camera

Anak aku yang seorang ni memang minat sangat dengan kamera. He prefers standing behind the camera rather than posing in front of it. Lagi-lagi kalau ada orang ambil gambar pakai DSLR camera yg muncung-muncung tu. Laaagi la muncung mulut mamat tu menghadap. He once asked me, mama mahal tak camera macam tu? Camera macam tu adalah Canon EOS DSLR. Sambil telan air liur, aku cakap.. mahal… Terus dia senyap huhu.

Kamera aku yang tak seberapa ni memang dh jadi macam hak dia. Asal aku keluarkan kamera, mesti dia yang sibuk nak snap. Tapi bagus juga. Kalau tak memang xde la muka aku kat mana-mana gambar pun. Nak harap ayah Hs? Nan ado.. Kalau aku cakap, ayah pegang camera ni jap. Haaa sampai ke sudah la dia pegang. Kalau aku cakap, ayah.. snap la gambar mama dgn Hs. Dia akan snap dari tempat dia berdiri, tak berganjak. Lepas tu sekali tu je dia snap. Lantak la sana kalau tetiba mulut terjuih. Menci tau :(

Nak dijadikan cerita, last weekend kitorg ke The Mines. Saja bawak Hs ke splash park. Kat rumah swimming pool kemain besar lagi, kat splash park yg air dia takat lutut Haikal tu juga yang kau nk heret anak kau kan? Ye, kalau la aku tau air kat pool tu takat lutut Haikal, idak la aku gedik nak ke sana. Lepas dah bosan main kat situ, kitorg gi main bowling pulak. Seperti yang dijangka aku berjaya menewaskan Ayah Hs :P. Tu la, orang cakap masa kita kecik tangan tu kena bedung. Haa tengok apa dah jadi. Hahaha

Dah puas main kitorang pusing-pusing. Nampak la kat stage tu macam ada catwalk. Rupanya ada Metro Man Search. Tetiba je, out of nowhere Haikal bisik kat aku, mama camera mana? Aku pun keluarkan lah. Laju je dia ambil camera tu, cari ruang kosong and terus snap gambar. Haha lawak je rasa ada budak lelaki umur 4 tahun kapochi nak amik gambar org catwalk. Jantan pulak tu, kalau minah sexy logic la jugak.

So enjoy the unedited photos. Dia masih belum pandai guna zoom. So hadap la kaki lampu, speaker tu sume.














Actually banyak lagi gambar-gambar ntah-apa-apa yang dia ambil. tapi malas lak nak load banyak banyak. Please mind paha Zher (fly FM deejay) yang sebesar betis aku and betis dia yang sebesar lengan aku kat gambar atas ni. How can one be that skinny? Abaikan.

Di manakah kedudukan Hadif time Haikal kapochi snapping photos ni?



Tidur of course. Mamat ni kalau dah ngantuk, gempa bumi pun belum tentu dia sedar.



 Saya adalah mama yang redha dengan Haikal yang suka menjahanamkan menggunakan kamera saya. As long as he's happy, i'm happy. Peace uols.



Thursday, June 2, 2011

Picture of Us

We had this studio photoshoot last weekend. Bought it from milkadeal.com (mana lagi kalau nak jimat kan?). RM55 for 45 good minutes. Serious tak tahu nak posing macam mana. Ditambah pula dengan camerawoman yang tak berapa membantu. Ye, kau sibuk nak salahkan minah tu kan. Sendiri yang macam kayu.

Deal macam ni kena la hadap pros and cons nya. Pertama-tama sudah pasti bukan cameraman terbaik studio tu yang akan ambil gambar kau. Kalau ada budak practical, memang budak tu la yang kau kena hadap. So kes aku ni budak practical la. Kejap-kejap panggil orang betulkan lighting. Kejap-kejap panggil orang tengok gambar yang tak jadi. Kejap-kejap panggil orang betulkan setting camera. Tapi ok la sebab dia bertabah dengan karenah Hs yang cepat bosan. Kejap-kejap nak menangis. Kejap-kejap nak mengamuk.

Moral of the story, kalau korang ada anak-anak yang kuat meragam, malu dengan orang asing dan yang sewaktu dengannya, studio photoshoot is not a good choice. Better ambil outdoor session with a lot of candid photo. Nak harap semua mata pandang kamera memang tak la kan.

Bottom line, the outcome wasn't too bad. It worth every cents that i spent for this shoot.



It's a wrapped!