Showing posts with label Hs Development. Show all posts
Showing posts with label Hs Development. Show all posts

Monday, June 13, 2011

A Man Behind the Camera

Anak aku yang seorang ni memang minat sangat dengan kamera. He prefers standing behind the camera rather than posing in front of it. Lagi-lagi kalau ada orang ambil gambar pakai DSLR camera yg muncung-muncung tu. Laaagi la muncung mulut mamat tu menghadap. He once asked me, mama mahal tak camera macam tu? Camera macam tu adalah Canon EOS DSLR. Sambil telan air liur, aku cakap.. mahal… Terus dia senyap huhu.

Kamera aku yang tak seberapa ni memang dh jadi macam hak dia. Asal aku keluarkan kamera, mesti dia yang sibuk nak snap. Tapi bagus juga. Kalau tak memang xde la muka aku kat mana-mana gambar pun. Nak harap ayah Hs? Nan ado.. Kalau aku cakap, ayah pegang camera ni jap. Haaa sampai ke sudah la dia pegang. Kalau aku cakap, ayah.. snap la gambar mama dgn Hs. Dia akan snap dari tempat dia berdiri, tak berganjak. Lepas tu sekali tu je dia snap. Lantak la sana kalau tetiba mulut terjuih. Menci tau :(

Nak dijadikan cerita, last weekend kitorg ke The Mines. Saja bawak Hs ke splash park. Kat rumah swimming pool kemain besar lagi, kat splash park yg air dia takat lutut Haikal tu juga yang kau nk heret anak kau kan? Ye, kalau la aku tau air kat pool tu takat lutut Haikal, idak la aku gedik nak ke sana. Lepas dah bosan main kat situ, kitorg gi main bowling pulak. Seperti yang dijangka aku berjaya menewaskan Ayah Hs :P. Tu la, orang cakap masa kita kecik tangan tu kena bedung. Haa tengok apa dah jadi. Hahaha

Dah puas main kitorang pusing-pusing. Nampak la kat stage tu macam ada catwalk. Rupanya ada Metro Man Search. Tetiba je, out of nowhere Haikal bisik kat aku, mama camera mana? Aku pun keluarkan lah. Laju je dia ambil camera tu, cari ruang kosong and terus snap gambar. Haha lawak je rasa ada budak lelaki umur 4 tahun kapochi nak amik gambar org catwalk. Jantan pulak tu, kalau minah sexy logic la jugak.

So enjoy the unedited photos. Dia masih belum pandai guna zoom. So hadap la kaki lampu, speaker tu sume.














Actually banyak lagi gambar-gambar ntah-apa-apa yang dia ambil. tapi malas lak nak load banyak banyak. Please mind paha Zher (fly FM deejay) yang sebesar betis aku and betis dia yang sebesar lengan aku kat gambar atas ni. How can one be that skinny? Abaikan.

Di manakah kedudukan Hadif time Haikal kapochi snapping photos ni?



Tidur of course. Mamat ni kalau dah ngantuk, gempa bumi pun belum tentu dia sedar.



 Saya adalah mama yang redha dengan Haikal yang suka menjahanamkan menggunakan kamera saya. As long as he's happy, i'm happy. Peace uols.



Friday, May 20, 2011

Haikal dan Guru

Waaa sangat lama tak update blog. Been sick for the past couple of weeks. Ini pun masih ada saki baki kesakitan yang tinggal. Tapi bersyukur sebab masih boleh bekerja both di office dan di rumah. Alhamdulillah..

Last Monday was Hari Guru. Aku dah plan nak beli la hadiah sikit untuk teachers Haikal since tahun ni adalah tahun pertama Haikal boleh sambut ada guru yang boleh dihargai sempena hari guru. Tahun sebelum-sebelum tu? Aku lah teacher dia. Tu yang tak semenggah je jadinya. Haha. 

Anyway.. plan aku hanya kekal sebagai perancangan sahaja. Mak kan sakit noks. Tak mampu pula nak fikir nak beli apa. Nak pergi beli jauh sekali la kan. So dalam hati hanya mampu berkata, takpe lah.. Haikal bukan faham pun.

Bila menjelang hari Isnin, aku terjaga. Perkara pertama aku fikir, kesian Haikal. Masa ni lah patutnya nak ajar dia appreciate cikgu. Ajar dia betapa besarnya pengorbanan seorang guru tu. Seriously, Masa aku kecil-kecil dulu mak aku tak pernah pun bagi duit kat aku suruh beli hadiah untuk cikgu. Hadiah untuk aku pun tak tentu ada, inikan pula untuk cikgu. Tapi aku faham sebab kitorang bukan orang senang. Ish melalut lagi! Abaikan.

Maka terkocoh-kocoh la aku bangun, masuk bilik-simpanan-barang-barang-yang-sayang-nak-dibuang aka stor. Jumpa kad kecil-kecil yang aku guna untuk birthday Hs, ribbon, puncher, magic pen. OK! Cukup. Aku pun menggagahkan diri dengan kudrat yang tak seberapa berlagak kreatif lalu membuat Kad Hari Guru.

Bila Haikal bangun, aku suruh la dia lukis love dan nama dia, so ada la his touch kat kad tu. Terus perasan! Cakap dia yang buat kad tu.

Sampai kelas, tersenyum simpul dia bagi kad kat Teacher Ida. Teacher tanya, “Ni Haikal buat ke?” Lajuuuuuu je mengangguk. Tak larat.



Zero cost card with tons of love.




Bila balik aku tanye, kawan-kawan bagi apa kat teacher? Dia pun bercerita, ada yang bagi kek, beg hadiah (?), kotak (?). Dia cakap “Abang bagi teacher kad”. Lega hati aku, Kalau tak mampos nak menjawab kenapa dia tak ada hadiah untuk teacher.


To all teachers, Selamat Hari Guru. Walaupun aku tak pernah bagi hadiah kat cikgu-cikgu aku, believe me I do appreciate them. A lot!

Wednesday, May 4, 2011

Two! Two!

My little tiny baby, Ahmad Hadif yang dicintai dah masuk 2 tahun. Yes. I always see him as little tiny baby :P. Actually his birthday was on 10th April yang lepas. Tapi time tu juga la dia ada operation X, pastu semua perancangan dah tergendala. Celebration kat nursery pun buat lambat, on 27th hari tu. Orang tua-tua kate biar lambat asal celebrate. kan?

Untuk Hadif ni aku memang tak beria-ia buat birthday party untuk dia. Not until he turns 4. Same goes to Ahmad Haikal. Budak-budak ni, kau tau je la kan.. Dia orang lebih selesa kalau berada dengan orang-orang yang dia rapat. Kang kalau buat birthday party jemput sedara-sedara atau kawan-kawan yang jarang jumpa, dah buat pasal pulak. Kang sekejap moody, sekejap menangis, sekejap nak tidur. macam-macam hal. So better aku tunggu sampai dia betul-betul boleh enjoy his birthday, and boleh appreciate majlis yang kita buat untuk dia tu. Selagi dia tak reti request kek idaman hati, maknanya belum boleh buat birthday party la tu.

Walaupun tak buat party ala-ala anak raja, kita orang tetap celebrate. Dua kali in fact. On his birthday kita orang pergi celebrate among us. Kita orang pergi makan aiskrim kat ice room. Makan tak ingat sebab malam tu Hadif nak kena puasa dah untuk minor operation the next morning.



 Kenapa kek ni pelik?



 Cuba rasa sikit.



 Ga ga ga ga... Sekali aiskrim daaa



Mango. Sedap :P


Then we headed to Sekinchan Ikan Bakar for lunch. Cuma sepelaung je jaraknya dari ice room. Meal kat ice room tu so-so je, that was why we decided untuk makan kat sekinchan ikan bakar kat seberang jalan tu. Meredah gerimis dan menunggu agak lama just to find out that ikan bakar di situ juga so-so.



 Ape aje lah keroje abang saya tu.



Lepas Hadif selamat menjalani pembedahan dan tangan dia dah baik sikit baru celebrate kat nursery. Every year aku memang akan buat makan-makan kecil for both Hs kat nursery. Senang sebab semua kawan-kawan dia ade kat situ. Dia orang lebih seronok. I guess :).



The cake. Kesian, tak sempat tempah cake Kimaf untuk Hadif.



Happy Birthday Adik!



The kids. Semua dah mandi after afternoon nap.



Makan kek dan kuih bola. According to them.



Selepas makan, semua pengsan.



Little ladies of Taska Sinar Jati. Yang kiri tu, Hadif sangat takut. Hadif cakap "Husna geget". Yang tengah tu, owhh itu girlfriend Hadif. Eirsa, Jiran bawah rumah. Yang kanan tu adalah Zara. Sangat comel. :)



Seperti kebiasaan kami akan memberikan sedikit token of appreciation to Hadif's friends for being a good friend, and for the nursery helpers for taking a good care of Hadif.



Gift for the boys.



Gift for the girls.



For babies.



For aunties.


Selamat hari lahir sayang mama. Mama doakan Hadif jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Amin...



Thursday, April 7, 2011

Trigger Thumb?

Last night was a chaos. Hadif jatuh, then I found ibu jari dia macam bengkok.  Bukan bengkok sikit, tapi it is a 90 degree bent. I waited for like 15 minutes tapi tak ada perubahan. Sudah! Patah ke ni? Berkejaran lah kami tiga beranak ke klinik. Doktor tak berani nak buat apa-apa and suruh kami ke hospital. Ye lah, GP. What do you expect? Demam selsema tau lah. Berkejaran semula ke rumah. Amik diapers, susu etc. Lalu merempit ke Pusrawi. Doktor nak x-ray tapi tak berjaya sebab hadif dok melalak-lalak. Aku sangat yakin, dia melalak bukan pasal sakit. Tapi pasal lampu x-ray machine tu. Huhu. Selepas berumah tangga di hospital sampai pukul 12 malam, kami pun balik rumah dengan hati yang tak tenang dan perlu datang semula keesokan paginya untuk appointment dengan pakar.

Jumpa Doktor Ozlan; an orthopedic specialist yang sangat baik dan peramah. He explained that this is actually a trigger thumb. What the?? Berkajang-kajang lah soalan yang aku dan Ayah Hs tanye, dan berjela-jela juga lah explanation yang dia berikan pada aku dan Ayah Hs. Sampai kena buka buku teks dia yang tebal tu. Kalau nak tau lebih lanjut sila lah baca.



 Ini lah ibu jari comel Hadif yang bengkok.



Dr. Ozlan bagi pilihan, nak terus buat surgery or nak tunggu elok sendiri. 

Realitinya…ni daripada explanation Dr. Ozlan dan sumber-sumber dari internet, kalau buat pembedahan, terus boleh elok. Kalau tunggu, ada beberapa kes yang jari tu akan elok sendiri. Kalau elok sekalipun, benda ni akan berulang.  Kebanyakan kes jari tu akan kekal macam tu. Kalau lebih lama tunggu, lebih tinggi la risiko untuk ibu jari tu kekal bengkok dan akhirnya akan hilang fungsi. WHICH obviously I don’t want that to happen to my Hadif. 

Kalau nak ikut percentage:

  • If trigger thumb present at birth, approx. 30% will recover spontaneously in one year.
  • 12% of the trigger thumbs that develop at the age of 6 – 30 months recover in 6 months.
  • If it develops in a child over 3 years, it is almost never improves spontaneously. 
  ·          
I don’t see any promising number in any bullet point above. Furthermore lepas baca this advises, aku yakin surgery is the best choice for Hadif. So I refuse to wait. 

Ayah Hs dah pun sign consent letter and Hadif scheduled to undergo a minor operation on next Monday morning, 8 am at Hospital Pusrawi, while his Abang Haikal will be bergumbira di Taman Botani with his kindy teachers, friends and girlfriend-WAWA.

Aku tau aku kuat! Aku tau Hadif lebih kuat! Jadi aku akan melalui ini semua dengan redha. Semoga semuanya selamat.

Doakan kami ye kawan-kawan.