Friday, May 20, 2011

Haikal dan Guru

Waaa sangat lama tak update blog. Been sick for the past couple of weeks. Ini pun masih ada saki baki kesakitan yang tinggal. Tapi bersyukur sebab masih boleh bekerja both di office dan di rumah. Alhamdulillah..

Last Monday was Hari Guru. Aku dah plan nak beli la hadiah sikit untuk teachers Haikal since tahun ni adalah tahun pertama Haikal boleh sambut ada guru yang boleh dihargai sempena hari guru. Tahun sebelum-sebelum tu? Aku lah teacher dia. Tu yang tak semenggah je jadinya. Haha. 

Anyway.. plan aku hanya kekal sebagai perancangan sahaja. Mak kan sakit noks. Tak mampu pula nak fikir nak beli apa. Nak pergi beli jauh sekali la kan. So dalam hati hanya mampu berkata, takpe lah.. Haikal bukan faham pun.

Bila menjelang hari Isnin, aku terjaga. Perkara pertama aku fikir, kesian Haikal. Masa ni lah patutnya nak ajar dia appreciate cikgu. Ajar dia betapa besarnya pengorbanan seorang guru tu. Seriously, Masa aku kecil-kecil dulu mak aku tak pernah pun bagi duit kat aku suruh beli hadiah untuk cikgu. Hadiah untuk aku pun tak tentu ada, inikan pula untuk cikgu. Tapi aku faham sebab kitorang bukan orang senang. Ish melalut lagi! Abaikan.

Maka terkocoh-kocoh la aku bangun, masuk bilik-simpanan-barang-barang-yang-sayang-nak-dibuang aka stor. Jumpa kad kecil-kecil yang aku guna untuk birthday Hs, ribbon, puncher, magic pen. OK! Cukup. Aku pun menggagahkan diri dengan kudrat yang tak seberapa berlagak kreatif lalu membuat Kad Hari Guru.

Bila Haikal bangun, aku suruh la dia lukis love dan nama dia, so ada la his touch kat kad tu. Terus perasan! Cakap dia yang buat kad tu.

Sampai kelas, tersenyum simpul dia bagi kad kat Teacher Ida. Teacher tanya, “Ni Haikal buat ke?” Lajuuuuuu je mengangguk. Tak larat.



Zero cost card with tons of love.




Bila balik aku tanye, kawan-kawan bagi apa kat teacher? Dia pun bercerita, ada yang bagi kek, beg hadiah (?), kotak (?). Dia cakap “Abang bagi teacher kad”. Lega hati aku, Kalau tak mampos nak menjawab kenapa dia tak ada hadiah untuk teacher.


To all teachers, Selamat Hari Guru. Walaupun aku tak pernah bagi hadiah kat cikgu-cikgu aku, believe me I do appreciate them. A lot!

1 comment:

  1. sweet mommy..buat kad utk cikgu.anak aku dok kat babysitter, next week baru masuk sekolah.ok gak kad kan hmmm..

    ReplyDelete