Showing posts with label Women's Stuff. Show all posts
Showing posts with label Women's Stuff. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Jiwa Kacau


Korang biasa dengar tak orang kata sambil berpuasa sambil berdiet? Mesti biasakan.. Aku pun tak ketinggalan lah memasang niat. Tapi jangan lah pulak berniat "sahaja aku berpuasa sambil berdiet kerana Allah Taala". Terpesong hokayy. 

Niat yang utama ketika menjalankan rukun Islam yang ketiga ni mestilah berusaha mencari taqwa, di samping menginsafi kesusahan dan keperitan orang yg kurang berkemampuan. Selepas itu, baru la boleh berangan-angan mengecilkan perut yang comel. Ye la, kalau ikut logik schedule makan ketika bulan ramadhan ni dah habis bagus dah. Awal pagi makan.. Siang ketika kita sibuk melakukan aktiviti harian, organ-organ dalaman kita memproses ape benda yang kita makan. Habis proses and kalau masih tak cukup, dia akan bakar lemak-lemak dan kalori-kalori yang degil tu untuk melengkapkan keperluan tenaga kita. Maghrib makan, kemudian diikuti dengan senaman. Tak perlu lah lepas buka puasa korang berduyun-duyun ke Gym untuk bersenam. Tapi cukup dengan solat fardu dan solat tarawikh. Haaa kan perfect kan? Kalau ikut teori, patutnya selepas 11 hari berpuasa mesti boleh kurang sikit berat badan kan? kan?

TAPI masalahnya sekarang, masuk hari ni dah 3 kali aku naik turun scale. Haram 0.1kg pun tak turun. Tahu tak aku dah tempah baju kebaya untuk raya tahun ni? Tahu tak? Tahu tak? Tsk...tsk.. T_T





Wednesday, June 15, 2011

Fun with nails

I hold this entry in my mind for so long until I nearly forget how does it felt having pampered in nail salon.  So let’s get started.

My two buddies and I went to Harmony Nail Salon for manicure & Pedicure quite some time ago. Sekarang pun kuku dh kusam balik :(. Of course we didn’t pay the price we supposed to pay. We bought vouchers from milkadeal. Again. What a cheapskate. Got it for RM38 instead of RM200 for classic manicure + spa pedicure + soothing gel feet soak + hand & feet massage & cuticle treatment.

Being a mother and a weekend wife, I rarely hang out with my friends during weekend. Ye la korang tu hari-hari jumpa laki. Aku ni nak kena tunggu hari Sabtu tau. So time tu semua kawan-kawan, pergi main jauh-jauh. No offence friends :). That day was an exceptional. We dressed up like there’s no tomorrow (exaggerated version. Padahal hari tu kitorg biasa-biasa sahaja).

We arrived a bit early despite dah bersenang lenang breakfast kat Mamak ABC. Masing-masing keluar awal sebab nak elak anak-anak nampak mama dan mommy sekalian nak keluar melenjan. But it was alright sebab dah ada staf yang tunggu pun and we straight away didudukkan di sofa yang best without knowing what to expect. Not really... actually my expectation was a bit high. Mau tak. RM200 untuk kuku kaki dan tangan je. Mesti superb!









The ambiance and us.



The soothing gel feet soak, spa pedicure and feet cuticle treatment.


The classic manicure, hand massage & cuticle treatment.



The verdict.




All in all i'm happy with the result. Kuku berkilat, rasa bersih dan kemas. Oh yang berkilat tu we need to add another RM10 for buffing (?). How can this buffing thing being excluded from the package. Dah kalau buat manicure, mesti lah kita nak kuku berkilat sampai boleh buat cermin kan? Aku pun tak perasan tau yang this classic manicure doesn't include nail buffing. Takpe aku redha.


Kesimpulannya, this kind of treatment worth every penny IF we have it for RM38 + RM10. Untuk RM200 as they claimed it supposed to be... maybe not.



Thursday, April 14, 2011

MilkADeal is a Good Deal

Pada suatu hari.. (eceh! Saje nak tunjuk dah lama benda ni berlaku) my BFF ajak pergi spa. Lama gila kau tak memanjakan diri. Last sekali lepas beranakkan Haikal. Hah tekan kalkulator, berapa lama dah. Setakat urut dengan bidan kat kampong aku tu ada lah. Berbaloi gak. RM45. Hahaha promote.

Oleh kerana kita orang ni agak kurang berkemampuan untuk menghuha-huhakan duit sesuka hati, maka kawan aku tu cadangkan lah kita orang ambil deal hebat yang diberikan oleh MilkADeal.



 This is what you guys missed out :P



Dalam hati skeptical la juga sebab gila murah! Bayangkan scrub, urut bagai tu semua for ONLY RM36! Tak cukup dengan itu, dia bagi lagi voucher RM5 kalau login dekat FB, lagi la aku meroyan. Dah jadi RM31 je.

Session kita orang was on last Friday. Dekat Eve De Beaute. Kita orang pergi berdua je sebab satu sessi memang untuk dua orang max. 

All in all aku sangat berpuas hati. Sampai rasa nak sedekah lagi RM50 bagi kat dia orang.

The hot stone massage was superb. The aromatherapy massage was super duper superb. Layanan dari beautician dia pun sangat baik. Sikit pun dia orang tak promote barang time mengurut tu. Memang best, siap ada sound effect burung-burung berkicauan, air mengalir macam kat hutan lah kiranya. Tapi ada sedikit gangguan sebab kedai sebelah tu tengah buat renovation. So ade lah bunyi ketuk-ketuk, gergaji, drilling tu semua. Untuk menyedapkan hati, aku bayangkan aku tengah diurut di hutan hijau tropika berdekatan dengan sungai yang mengalir tenang dengan burung berkicauan tidak jauh dari kawasan pembalakan. Hmmm okay la.

Lepas tu aku dan Fatma menyejukkan tekak di Ice Room. Aiskrim best! Tapi food dia so-so je lah.


 My very first trial. 



Skema faces of us and the food we ordered.


Habis makan, balik ke Desa Petaling and lepak kat rumah Fatma.

That Friday was a blast!

Apart from this deal, I also grabbed photo session and considering mani & pedi session from Milkadeal.

So guys, let have a good lifestyle with a cheap price good deal!