Thursday, August 11, 2011

Jiwa Kacau


Korang biasa dengar tak orang kata sambil berpuasa sambil berdiet? Mesti biasakan.. Aku pun tak ketinggalan lah memasang niat. Tapi jangan lah pulak berniat "sahaja aku berpuasa sambil berdiet kerana Allah Taala". Terpesong hokayy. 

Niat yang utama ketika menjalankan rukun Islam yang ketiga ni mestilah berusaha mencari taqwa, di samping menginsafi kesusahan dan keperitan orang yg kurang berkemampuan. Selepas itu, baru la boleh berangan-angan mengecilkan perut yang comel. Ye la, kalau ikut logik schedule makan ketika bulan ramadhan ni dah habis bagus dah. Awal pagi makan.. Siang ketika kita sibuk melakukan aktiviti harian, organ-organ dalaman kita memproses ape benda yang kita makan. Habis proses and kalau masih tak cukup, dia akan bakar lemak-lemak dan kalori-kalori yang degil tu untuk melengkapkan keperluan tenaga kita. Maghrib makan, kemudian diikuti dengan senaman. Tak perlu lah lepas buka puasa korang berduyun-duyun ke Gym untuk bersenam. Tapi cukup dengan solat fardu dan solat tarawikh. Haaa kan perfect kan? Kalau ikut teori, patutnya selepas 11 hari berpuasa mesti boleh kurang sikit berat badan kan? kan?

TAPI masalahnya sekarang, masuk hari ni dah 3 kali aku naik turun scale. Haram 0.1kg pun tak turun. Tahu tak aku dah tempah baju kebaya untuk raya tahun ni? Tahu tak? Tahu tak? Tsk...tsk.. T_T





3 comments:

  1. nanti turun gak berat tu, nak cepat skip air gula

    ReplyDelete
  2. tu la. Harus aku berusaha lagi. Ade lagi 19 hari lagi. Chaiyok!!

    ReplyDelete
  3. setakat yg da tgl x brape hari ni, cane progress..????

    ReplyDelete