Thursday, April 21, 2011

Pureen Warehouse Sale 2011!!!

It's back!

Terujanya! Tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Banyak benda dah habis, just about time. Usually sale ni would take place every 4 months, means dalam setahun ada 3 kali. So kalau beli barang, aku akan bajet stok untuk 4 bulan.

Ni nak cerita sikit ape benda yang aku beli time pureen WH sale ni.

  • Baju, baju dan baju. Serius berbaloi. You can get a decent baju basahan for like RM4 sepasang. Mau tak juling biji mata kan? Ada juga yang RM1 tapi tu mostly untuk baby and biasanya baju harga lain, seluar harga lain. Kalau yang RM8 sepasang tu memang kira dah cantik benor dah tu. Last time seronok memilih baju for both Hs. Tapi kali ni akan pilih untuk Hadif je. Sebab dah tak ada baju pureen pride and joy saiz Haikal. Haikal tu memang la baru nak masuk 4 tahun, tapi badan dia dah macam budak 6 tahun!
Baju gegirl sangat cute. Tapi aku hanya mampu tengok je.


  • Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash. Memang berpinar tengok selections yang ada. Berkaler-kaler. Kat Tesco pun kadang-kadang tak ada semua selections tu. Ada vanilla, apple, peach mango dan raspberry. Harga dia tak ingat tapi kurang la beberapa ringgit dari kat Tesco, Carrefour etc.

  

    • Bottle Cleanser. Aku memang pengguna tegar Pureen bottle cleanser. Pernah try brand lain tapi tak best.


    • Milk Colostrum. Ni kira macam supplements for Hs lah. Yang ni tak beli banyak sangat as Hs cepat bosan. Botol pertama tu excited lah nak habiskan, lepas tu hisap sikit-sikit dah dia luahkan.

    • Baby wipes. Memang tak ada baby dalam family aku. But I still use this a lot. Especially kalau Hs makan benda-benda yang melekit. Senang sikit nak cuci. Plus Hs guna wet tissue ni untuk lap basikal dia orang. Sabor je lah.


      Mostly 4 benda tu lah yang aku kejar kan. Sambil-sambil tu beli la juga berus cuci botol, tuala etc. Tapi yang 4 benda tu adalah barang wajib beli. Untuk kamu orang yang pakai pureen diapers, ehh silap. Kalau anak kamu pakai pureen diapers, sangat lah berbaloi-baloi pergi warehouse sale ni. Boleh dapat harga murah. Hadif pakai pet-pet, so aku tak beli lah.


      Kali ni aku nak cari benda ni. Kalau ada lah.


      Sekarang ni aku nak bagi tips untuk sesiapa yang nak join aku berperang di warehouse sale ni.
      • Make sure dapatkan tidur secukupnya. Mental dan fizikal kena kuat. Terutamanya untuk yang nak beli baju. Maklum lah, tempat baju-baju tu nun jauh di belakang. So korang kena la berlari-lari anak kalau nak jadi antara yang terawal. Kalau yang bekas sprinter kat sekolah dulu-dulu, haaa ini la masanya korang nak tunjukkan bakat terpendam korang tu.
        • Sila berada di tempat kejadian seawal yang boleh. Sebabnya time tu baju-baju semua tersusun rapi. so senang korang nak pilih. Kalau lambat sikit, baju yang RM8 dah ke RM10. Yang RM4 dah ke RM12. Pastu baju tu patut sepasang, tapi seluar pulak dah hilang. Saiz tak ada lah dan macam-macam lagi. Ye. Memang staff dia akan top-up from time to time, tapi mana la nak tau dia top-up masa bila kan? Buatnya dia top-up time kita dh give-up dan melenggang-lenggang jalan keluar, kan ke dah rugi.
          • Bila dah masuk, dengan pantas grab beg pureen colour biru (macam shopping beg ikea). Nak ambil bakul pun boleh, tapi kang susah nak berhimpit-himpit. Dibuatnya terlanggar perut ibu mengandung, tak pasal je. Straight pergi kat tempat baju. Pedulikan barang-barang kat depan tu, sebab yang tu nanti-nanti pun boleh ambil.
            • Ambil je mana-mana baju yang berkenan di hati. Masukkan dalam beg pureen tu, tawaf semua row, dah rasa puas hati baru duduk at one side, belek semula baju-baju berkenaan dan ambil yang mana betul-betul berkenan sahaja. Yang mana tak berkenan kumpul setempat, lepas tu pulangkan balik. Sila jangan belek-belek baju di rak ye, sebab akan menyusahkan orang lain nanti. Ko tau je la kan pompuan ni kalau memilih...
              • Dah settle dengan baju, baru lah proceed ke tempat barang-barang yang lain. No need to worry sebab barang banyak and section ni tak lah crowded sangat compared to section baju.

              • Berjalan lah keluar dari situ dengan hati yang senang :)

                So kawan-kawan, hope this would help and selamat berperang!

                4 comments:

                1. Oit mana leh berjalan ke luar dgn hati yg senang... mau kena paku kepala pulak kang... bayor dulu weh... kalau aku bawak beg sesiap... so tk buang masa nak amik beg ikea tu...bila telepas kandang, leh menonong ke section baju... owh ya, aku dgn hati terbuka dan senang hati menerima kesudian ko nak belikan baju gegurl...:P

                  owh harap² sippy cup tu ada.. aku pon nak bli gak..lawo plak kaler ijau oghen tu

                  ReplyDelete
                2. lagi satu...tolong ler buang word verification tu...nyampah!

                  ReplyDelete
                3. Sue, yang tu sendiri mau ingat lah. Tapi kalau berjaya melenggang-lenggang keluar tanpa membayar pun apa salahnya. hahaha

                  Btw, aku tamau remove verification tu. Mana tau ko tu sebenarnya virus. Lagipun nak bagi otak ko bersenam sikit. wakaka

                  ReplyDelete
                4. Pureen Baby Yogurt Head to Toe Wash is enriched with natural yoghurt, which provides nourishment for your baby’s hair and skin … read more benefits at:
                  http://kidbuxblog.com/pureen-baby-yogurt-head-to-toe-wash/

                  ReplyDelete