Friday, May 20, 2011

Haikal dan Guru

Waaa sangat lama tak update blog. Been sick for the past couple of weeks. Ini pun masih ada saki baki kesakitan yang tinggal. Tapi bersyukur sebab masih boleh bekerja both di office dan di rumah. Alhamdulillah..

Last Monday was Hari Guru. Aku dah plan nak beli la hadiah sikit untuk teachers Haikal since tahun ni adalah tahun pertama Haikal boleh sambut ada guru yang boleh dihargai sempena hari guru. Tahun sebelum-sebelum tu? Aku lah teacher dia. Tu yang tak semenggah je jadinya. Haha. 

Anyway.. plan aku hanya kekal sebagai perancangan sahaja. Mak kan sakit noks. Tak mampu pula nak fikir nak beli apa. Nak pergi beli jauh sekali la kan. So dalam hati hanya mampu berkata, takpe lah.. Haikal bukan faham pun.

Bila menjelang hari Isnin, aku terjaga. Perkara pertama aku fikir, kesian Haikal. Masa ni lah patutnya nak ajar dia appreciate cikgu. Ajar dia betapa besarnya pengorbanan seorang guru tu. Seriously, Masa aku kecil-kecil dulu mak aku tak pernah pun bagi duit kat aku suruh beli hadiah untuk cikgu. Hadiah untuk aku pun tak tentu ada, inikan pula untuk cikgu. Tapi aku faham sebab kitorang bukan orang senang. Ish melalut lagi! Abaikan.

Maka terkocoh-kocoh la aku bangun, masuk bilik-simpanan-barang-barang-yang-sayang-nak-dibuang aka stor. Jumpa kad kecil-kecil yang aku guna untuk birthday Hs, ribbon, puncher, magic pen. OK! Cukup. Aku pun menggagahkan diri dengan kudrat yang tak seberapa berlagak kreatif lalu membuat Kad Hari Guru.

Bila Haikal bangun, aku suruh la dia lukis love dan nama dia, so ada la his touch kat kad tu. Terus perasan! Cakap dia yang buat kad tu.

Sampai kelas, tersenyum simpul dia bagi kad kat Teacher Ida. Teacher tanya, “Ni Haikal buat ke?” Lajuuuuuu je mengangguk. Tak larat.



Zero cost card with tons of love.




Bila balik aku tanye, kawan-kawan bagi apa kat teacher? Dia pun bercerita, ada yang bagi kek, beg hadiah (?), kotak (?). Dia cakap “Abang bagi teacher kad”. Lega hati aku, Kalau tak mampos nak menjawab kenapa dia tak ada hadiah untuk teacher.


To all teachers, Selamat Hari Guru. Walaupun aku tak pernah bagi hadiah kat cikgu-cikgu aku, believe me I do appreciate them. A lot!

Wednesday, May 4, 2011

Two! Two!

My little tiny baby, Ahmad Hadif yang dicintai dah masuk 2 tahun. Yes. I always see him as little tiny baby :P. Actually his birthday was on 10th April yang lepas. Tapi time tu juga la dia ada operation X, pastu semua perancangan dah tergendala. Celebration kat nursery pun buat lambat, on 27th hari tu. Orang tua-tua kate biar lambat asal celebrate. kan?

Untuk Hadif ni aku memang tak beria-ia buat birthday party untuk dia. Not until he turns 4. Same goes to Ahmad Haikal. Budak-budak ni, kau tau je la kan.. Dia orang lebih selesa kalau berada dengan orang-orang yang dia rapat. Kang kalau buat birthday party jemput sedara-sedara atau kawan-kawan yang jarang jumpa, dah buat pasal pulak. Kang sekejap moody, sekejap menangis, sekejap nak tidur. macam-macam hal. So better aku tunggu sampai dia betul-betul boleh enjoy his birthday, and boleh appreciate majlis yang kita buat untuk dia tu. Selagi dia tak reti request kek idaman hati, maknanya belum boleh buat birthday party la tu.

Walaupun tak buat party ala-ala anak raja, kita orang tetap celebrate. Dua kali in fact. On his birthday kita orang pergi celebrate among us. Kita orang pergi makan aiskrim kat ice room. Makan tak ingat sebab malam tu Hadif nak kena puasa dah untuk minor operation the next morning.



 Kenapa kek ni pelik?



 Cuba rasa sikit.



 Ga ga ga ga... Sekali aiskrim daaa



Mango. Sedap :P


Then we headed to Sekinchan Ikan Bakar for lunch. Cuma sepelaung je jaraknya dari ice room. Meal kat ice room tu so-so je, that was why we decided untuk makan kat sekinchan ikan bakar kat seberang jalan tu. Meredah gerimis dan menunggu agak lama just to find out that ikan bakar di situ juga so-so.



 Ape aje lah keroje abang saya tu.



Lepas Hadif selamat menjalani pembedahan dan tangan dia dah baik sikit baru celebrate kat nursery. Every year aku memang akan buat makan-makan kecil for both Hs kat nursery. Senang sebab semua kawan-kawan dia ade kat situ. Dia orang lebih seronok. I guess :).



The cake. Kesian, tak sempat tempah cake Kimaf untuk Hadif.



Happy Birthday Adik!



The kids. Semua dah mandi after afternoon nap.



Makan kek dan kuih bola. According to them.



Selepas makan, semua pengsan.



Little ladies of Taska Sinar Jati. Yang kiri tu, Hadif sangat takut. Hadif cakap "Husna geget". Yang tengah tu, owhh itu girlfriend Hadif. Eirsa, Jiran bawah rumah. Yang kanan tu adalah Zara. Sangat comel. :)



Seperti kebiasaan kami akan memberikan sedikit token of appreciation to Hadif's friends for being a good friend, and for the nursery helpers for taking a good care of Hadif.



Gift for the boys.



Gift for the girls.



For babies.



For aunties.


Selamat hari lahir sayang mama. Mama doakan Hadif jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Amin...