Tuesday, August 9, 2011

Menguji Kesabaran


Pagi-pagi lagi dah hangin satu badan. Ada satu mangkuk ni bawak kereta macam C#%AK@. Suka-suka hati je nak masuk lane orang tak bagi salam signal. Dah la tengah turun bukit, mana la aku nak bajet dia nak masuk. Tak pasal-pasal kena brek mengejut. Lucky enough Haikal fastened his seat belt. If he doesn't, tak pasal-pasal anak bujang aku cium dashboard! Nasib baik aku puasa hari ni, maka aku tahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat (haaa sopan tak ayat aku). Lagipun Haikal was there next to me. Takkan la aku nak mencarut. Paling hebat pun aku maki dengan ejaan. Esok kalau dia dah pandai mengeja, aku kena cari taktik lain pula.

Back to the incident.. Yang lebih menyakitkan hati, dia tak sedar pun apa yang berlaku sebab lepas je dia masuk depan kereta aku, mata dia terus tengok side mirror kiri, beberapa saat selepas tu terus masuk lane tengah semula. Beberapa saat lepas tu pulak dia masuk lane kiri sekali and beberapa saat lepas tu dia masuk balik lane tengah. Ape meroyan??

To the owner of WUH1989, kalau nak bunuh diri sekalipun, jangan la menyusahkan orang lain. Pergi la terjun gaung ke, hantuk kepala kat dinding ke. Tak la melibatkan orang lain kan? Semoga dia selamat sampai ke tempat yang dituju supaya orang lain tak terlibat dalam kesusahan.

Happy Puasa all :)


1 comment:

  1. Mau matik ka, lu kasik matik solang². Lu jangan panggel olang lain matik sama! polol punya olang [aku tak puasa, so tkper mencarut]

    ReplyDelete