Monday, September 12, 2011

Malas


Isk dah menjadi-jadi penyakit malas aku ni. Nak update status FB pun malas. Update blog ape tah lagi. Banyak benda nak cerita. Lain kali lah. Saya malas!

Peringatan: Malas adalah tabiat yang buruk!



Tuesday, August 23, 2011

Karenah Anak-Anak


Aku baru baca blog kawan aku. Aku ada cerita yang baru terjadi semalam dan aku harap cerita ni dapat dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Anak adalah anugerah yang tak ternilai yang diamanahkan pada kita. Ye, memang tanggungjawab kita sebagai ibu bapa perlu mengajar dan menegur setiap kesilapan yang mereka lakukan. Tapi ianya tidak semudah itu. Sometimes we think that we already thought them well but still they won't listen. Atau ada ketikanya mereka berkelakuan baik walaupun kita tak pernah suruh. Tidak ada ibu bapa yang sempurna dan tidak ada anak-anak yang sempurna. Semuanya perlukan masa.

Semalam petang, aku sampai nursery pukul 6.15 petang. Masa tu entah kenapa aku rasa penat dan ngantuk yang luar biasa. Aku fikir, takpe lah lelap mata sekejap. Selama 4 tahun lebih aku pergi balik hantar dan ambil Hs kat nursery, aku tak pernah lelap dalam kereta. Bila tersedar je dah pukul 6.25 petang. Aku cepat-cepat pergi nursery. Buka je pintu nampak muka Haikal monyok. Rupa-rupanya beberapa minit sebelum aku ketuk pintu nursery, Haikal dan beberapa budak lain main kejar-kejar. Walaupun dah ditegur oleh helpers di nursery tu, diaorang still berlari-lari. Budak-budak...

Nak dijadikan cerita seorang budak (Hana) terjatuh. Haikal yang tengah berlari ni pun terjatuh lalu menghempap Hana. Budak berdua ni sebaya. Tapi si Haikal tu badan besar. Hana ni halus je. Dipendekkan cerita masa aku tengok tangan Hana tu macam ada yang tak kena. Bila dilepas, tangan dia terkulai dan macam ada benda keras yang terbonjol. Ya Allah, berderau darah aku. Kitorg try contact ibu Hana tapi tak berangkat. Tak lama lepas tu Ayah dia sampai. Aku minta maaf on behalf of my son and explained everything to him. Dia nampak macam marah dan aku faham. Aku volunteer nak bawa pergi hospital tapi dia kata dia nak bawa. Aku bagi no telefon aku kat dia dan minta dia telefon aku bila tau result. Dalam kepala asyik fikir, kalau lah aku terus ambil Hs tadi...

Aku tak marah Haikal. Aku cakap elok-elok tanya apa yang jadi, dia keep on cakap dia tak sengaja. Dia terjatuh dan dia tak sengaja. What else can I say kalau dah dia monyok sepanjang petang, duduk kat sofa tak buat apa-apa. Setiap kali aku tanya, dia akan cakap abang tak sengaja. Aku ni sah-sah lah dah tak ada mood. Rasa bersalah dan risau dengan condition si Hana tu. Aku call parents Hana, diorang kata diorang tengah tunggu nak x-ray kat PPUM.

Aku minta Ayah Hs balik sebab aku rasa bersalah sangat. Bila Ayah Hs sampai, kitorg terus ke PPUM. Dengan harapan, kalau diorang marah pun. diorang akan sejuk sikit bila tengok kehadiran kami. Sedih sangat bila tengok gambar x-ray. Confirm tangan Hana patah. Berkali-kali Ayah Hs dan aku minta maaf. Alhamdulillah diorang faham dan layan kitorang dengan baik. Sebelum ni pun kalau Hadif kena gigit kat nursery sampai lebam pun, aku x pernah marah dan simpan dendam pada parents budak yang menggigit tu. Mungkin Allah nak tunjuk yang kalau kita berbuat baik, insyallah akan dibalas baik.

Haikal memang aktif tapi bukan lah nakal sampai tahap nak membahayakan nyawa orang lain. Things happen. Kadang-kadang kita tak boleh nak control. Sebagai ibu kita kena faham yang budak-budak ni banyak karenah dan biasanya kesalahan yang diorang buat adalah di luar kesedaran diorang. Lebih-lebih lagi budak-budak belum mumaiyiz ni. Jalan yang terbaik adalah dengan memaafkan dan sentiasa berdoa semoga mereka menjadi anak yang lebih baik.

Kepada parents yang selalu berkecil hati sebab anak mereka kena pukul atau gigit atau apa-apa saja perlakuan yang kurang menyenangkan, cakap lah elok-elok dengan budak yang berkenaan, kemudian beritahulah ibu bapa mereka dengan cara yang paling lembut. Bukan dengan cara marah-marah atau melabelkan budak tersebut sebagai jahat. Ibu-bapa yang ditegur pun perlulah show some concerns dengan meminta maaf. What goes around comes around. 

Semoga Hana cepat sembuh dan aku sentiasa berharap Haikal dapat belajar dari kejadian semalam.


Most of the time they all behave well.



Thursday, August 11, 2011

Jiwa Kacau


Korang biasa dengar tak orang kata sambil berpuasa sambil berdiet? Mesti biasakan.. Aku pun tak ketinggalan lah memasang niat. Tapi jangan lah pulak berniat "sahaja aku berpuasa sambil berdiet kerana Allah Taala". Terpesong hokayy. 

Niat yang utama ketika menjalankan rukun Islam yang ketiga ni mestilah berusaha mencari taqwa, di samping menginsafi kesusahan dan keperitan orang yg kurang berkemampuan. Selepas itu, baru la boleh berangan-angan mengecilkan perut yang comel. Ye la, kalau ikut logik schedule makan ketika bulan ramadhan ni dah habis bagus dah. Awal pagi makan.. Siang ketika kita sibuk melakukan aktiviti harian, organ-organ dalaman kita memproses ape benda yang kita makan. Habis proses and kalau masih tak cukup, dia akan bakar lemak-lemak dan kalori-kalori yang degil tu untuk melengkapkan keperluan tenaga kita. Maghrib makan, kemudian diikuti dengan senaman. Tak perlu lah lepas buka puasa korang berduyun-duyun ke Gym untuk bersenam. Tapi cukup dengan solat fardu dan solat tarawikh. Haaa kan perfect kan? Kalau ikut teori, patutnya selepas 11 hari berpuasa mesti boleh kurang sikit berat badan kan? kan?

TAPI masalahnya sekarang, masuk hari ni dah 3 kali aku naik turun scale. Haram 0.1kg pun tak turun. Tahu tak aku dah tempah baju kebaya untuk raya tahun ni? Tahu tak? Tahu tak? Tsk...tsk.. T_T





Wednesday, August 10, 2011

Haikal-Man


Kesian betul si Ahmad Haikal. Dah hampir dua minggu birthday dia berlalu, baru hari ni mama dia nak update kat blog. Mama dia busy hokayy! Banyak urusan duniawi dan urusan akhirat :)

Haikal dah 4 tahun! kejap je kan? Rasa macam baru je terbaring kat operation table. Kaki tak boleh gerak tapi kepala sibuk toleh kiri kanan nak tengok doktor buat apa. Ehhh time hadif pun aku buat benda yang sama. Patut rasa baru. haha

As usual, kami buat small makan-makan kat nursery. Tahun ni celebrate birthday dia 4 hari lebih awal. Sebab? 30th August 2011 jatuh pada hari Sabtu. Hari Sabtu tak ramai budak kat nursery. Tak best! 

Beberapa bulan sebelum tu, dia dah sibuk request birthday ultraman. Puas google, tapi tak jumpa kek ultraman yang cantik. Kalau ada pun mahal. Dek kerana nak memuaskan hati anak bujang ku itu, maka mama dengan gigih mengedit gambar ultraman ni. Maka jadi la... kek Haikalman!


Ini lah rupa kek tu. Haikal sangat suka!


Kanan-kanak ribena beratur baca doa sebelum masuk tandas


Bergilir-gilir masuk tandas untuk cuci tangan


Ayah Hs sangat femes di sini. Berebut-rebut nak duduk atas riba.


Simple je. Nugget and cocktail sausage. Kids sure love it. 


Adik yang sangat kagum dengan kek abang.


Dah ready nak potong kek Haikalman.


Happy Birthday to Haikal... Happy Birthday to youuuuuu...


One happy boy!


Kanak-kanak riang!


Mama buat-buat busy


Makan Time!


Makan time!


Seperti biasa, lepas makan semua pengsan


Birthday boy kata dia sangat gumbiraaaa!!


Untuk anak mama, mama doakan abang membesar dengan sihat dan jadi anak dan hamba Allah yang berguna. Semoga segala urusan abang dunia dan akhirat dipermudahkan. Amiinnn..


Tuesday, August 9, 2011

Menguji Kesabaran


Pagi-pagi lagi dah hangin satu badan. Ada satu mangkuk ni bawak kereta macam C#%AK@. Suka-suka hati je nak masuk lane orang tak bagi salam signal. Dah la tengah turun bukit, mana la aku nak bajet dia nak masuk. Tak pasal-pasal kena brek mengejut. Lucky enough Haikal fastened his seat belt. If he doesn't, tak pasal-pasal anak bujang aku cium dashboard! Nasib baik aku puasa hari ni, maka aku tahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat (haaa sopan tak ayat aku). Lagipun Haikal was there next to me. Takkan la aku nak mencarut. Paling hebat pun aku maki dengan ejaan. Esok kalau dia dah pandai mengeja, aku kena cari taktik lain pula.

Back to the incident.. Yang lebih menyakitkan hati, dia tak sedar pun apa yang berlaku sebab lepas je dia masuk depan kereta aku, mata dia terus tengok side mirror kiri, beberapa saat selepas tu terus masuk lane tengah semula. Beberapa saat lepas tu pulak dia masuk lane kiri sekali and beberapa saat lepas tu dia masuk balik lane tengah. Ape meroyan??

To the owner of WUH1989, kalau nak bunuh diri sekalipun, jangan la menyusahkan orang lain. Pergi la terjun gaung ke, hantuk kepala kat dinding ke. Tak la melibatkan orang lain kan? Semoga dia selamat sampai ke tempat yang dituju supaya orang lain tak terlibat dalam kesusahan.

Happy Puasa all :)


Monday, July 25, 2011

Aerobus Sucks!


Aku sudah pulang!

Sebelum aku nak bercerita pasal Bandung, meh aku nak mencarut pasal Aerobus.

Last week kitorang sekeluarga ambil Aerobus untuk ke LCCT dari KL Sentral. Murah je RM8 perhead. Perjalanan pergi sangat mudah. Dari rumah naik teksi Uncle Wong terus ke KL Sentral. Beli tiket, naik bus terus ke LCCT. Sangat selesa tanpa buang masa menunggu. Perjalanan balik pun mudah. Dari LCCT beli tiket, tunggu 15 minit sebab baru terlepas bus and terus ke KL Sentral. Dari situ cari teksi. Time ni agak susah sebab hari dah malam dan teksi charged mahal. Semua tak mau pakai meter. End up dapat juga teksi. 

Sampai rumah, campak beg dan Hs mula bising nak makan. Aku pun dengan semangat, ok lah bagi dorang makan kek yang aku borong tu. Tiba-tiba.. Abannnnggggg mana kotak Kartika Sari?? Dush!! Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Tertinggal dalam Aerobus. Cari tiket dengan harapan ada no phone. Haram.. tiket dah terbuang. Takpe jangan panik, dengan penuh positif tunggu sekejap kot-kot la ada orang call sebab kotak tu dah di pack elok-elok, siap dengan tali. Aku ada tulis nama dan no phone atas kotak tu. Tunggu punya tunggu xde juga. Takpe kot-kot la dorang takde kredit nak call or bagi SMS, kitorang pun bergegas ke KL Sentral. 

Sampai kat tempat bus, Ayah Hs pun tanya. Orang tu macam menggelabah, manjang je jawab tak tahu. Minta no phone driver pun cakap tak tahu. Tetiba nampak kotak brownies kat tepi tiang. Sekotak. Aku angkat. Sah! Kartika Sari. Suara aku dah mula tinggi. Kalau tak tahu, macam mana benda ni boleh ada kat sini? Dalam kotak aku tu ada 8 benda alah macam ni!! Dia jawab.. ohh tu memang dari tadi ada kat sini. Aku cakap.. Ce kau fikir, malam ni berapa ramai sangat penumpang dari Bandung yang beli Brownies Kartika Sari yang naik bas kau pastu tertinggal brownies tu? Dia masih cakap tak tau. Bodoh! Patut la kau keje jaga tiket bus! Sebab semua benda pun kau tak tau.

Memang lah salah kitorang sebab careless tertinggal kotak tu. Tapi kot ye pun, call la. Tak pun tunggu sehari kot-kot tuan punya barang tu datang semula. Ni tak sampai 2 jam dia dah qiqahkan benda tu. Pastu tak ngaku plak tu. Tu baru brownies, kalau wallet tak tau macam mana gelap mata dorang.

To my families and officemates, sorry... Takde rezeki korang makan brownies kartika sari :(

Thursday, July 14, 2011

Freebies


Received email from Nuffnang saying that i'm part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers!! Yeay, Maka dengan ini saya layak menerima bukan satu tapi EMPAT (4) complimentary passes for any movie at TGV Cinemas outlets nationwide. 



Now i feel special. Hahaha perasan. Padahal officemate aku dh 2 orang dapat before aku. Anyway, lunch time tadi sempat lari ke office Nuffnang untuk collect tiket-tiket berharga itu. Gila kalut, as if malam ni juga nak tengok movie kan? Typical me hehe.. Nuffnang ni macam tau-tau je aku ada seorang anak bujang yang gila tengok wayang. Asal ada cerita baru, siibuukk je dia nak ajak tengok. Selagi tak bawak, selagi tu la dia akan merengek.

Kitorang dah tengok Transformers DOTM. Harry Potter plak aku tak follow. So tak decide lagi nak tengok cerita apa. Kalau ikut Haikal dia nak tengok cerita ni....




Tak tau sempat ke tak sebab tiket tu valid sampai 31 August 2011 je.



Tuesday, July 5, 2011

The 30th and Me


HAHAHA (gelak jahat). Aku dah 30 tahun! Serius aku tak kisah pun bila umur dh masuk 30. Ye la.. berpadanan apa dengan keadaan aku sekarang. Dah berkahwin, beranak pinak, ada kerjaya.. Kang kalau aku kate umur aku baru 21 tahun kang orang kate aku gelojoh pulak. Umur baru 21 tahun anak dah 2. 

Last year sorang akak ni (yang aku baru kenal pada hari kejadian) suruh aku teka umur dia berapa. Mengikutkan badan dia yg plum dengan muka yang chubby dan dressing yang ala2 tak padan dengan umur, aku memang nak cakap, "akak ni dah 39 tahun but trying really hard to look like 25 years old. Boleh?". Tapi memikirkan baru kenal macam tak appropriate pula. ye la, what if sebenarnya umur dia lebih muda dari tu kan tersentap. So aku dengan fake-nya cakap la.. "errr 31 tahun kot". Uishhh kemain suka lagi dia dengar jawapan aku. Sambil bertepuk tampar dengan member dia, dia cakap "hihihi tak la. akak dah 38". What the?? Sampai sekarang aku confuse apa pasal dia suruh aku teka umur dia. Seingat aku, aku tak pernah tanya pun umur dia berapa. Abaikan.

Aku memang tak gemor orang suruh teka-teka umur ni. Apa lah ada pada umur. So aku redha la umur aku bertambah lagi setahun. Alhamdulillah.. Harapnya tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Tahun ni Ayah Hs tak buat surprise macam dolu-dolu. haha memang tak harap pun. Cuma harap dia balik cepat je hari tu. Kitorang makan kat Naili's Place. Sangat happy dirai oleh Hs dan Ayah Hs.. hmmm couldn't ask for more :p

Tapi boleh pula tertinggal camera di hari kejadian. Selalunya pergi office pun angkut. Maka tak berangin lah nak mengambil gambar di situ. 



My blackpaper sirloin steak. Liat :(



Ayah Hs' blackpaper chicken chop



Menu wajib kalau makan kat naili's. Ubi rebus! 



Haikal and Tiramisu cake. Both are delicious!



Family photo minus Haikal. Sebab dia yang ambil gambar ni :)


All in all, aku bersyukur dengan keadaan diri sekarang. Cuma sebagai manusia biasa yang tak pernah puas, aku masih mengharap diberi kesihatan, kebahagian dan rezeki yang lebih baik di masa hadapan. Semoga diperkenankan... Aminn. Oh lagi satu. Semoga dikurniakan anak perempuan :).

Sebagai treat untuk diri sendiri aku dah beli facial and spa voucher from my favourite MilkADeal. So korang pun boleh juga!

Do click here to get all this for RM39.90 ONLY :)


Wednesday, June 15, 2011

Fun with nails

I hold this entry in my mind for so long until I nearly forget how does it felt having pampered in nail salon.  So let’s get started.

My two buddies and I went to Harmony Nail Salon for manicure & Pedicure quite some time ago. Sekarang pun kuku dh kusam balik :(. Of course we didn’t pay the price we supposed to pay. We bought vouchers from milkadeal. Again. What a cheapskate. Got it for RM38 instead of RM200 for classic manicure + spa pedicure + soothing gel feet soak + hand & feet massage & cuticle treatment.

Being a mother and a weekend wife, I rarely hang out with my friends during weekend. Ye la korang tu hari-hari jumpa laki. Aku ni nak kena tunggu hari Sabtu tau. So time tu semua kawan-kawan, pergi main jauh-jauh. No offence friends :). That day was an exceptional. We dressed up like there’s no tomorrow (exaggerated version. Padahal hari tu kitorg biasa-biasa sahaja).

We arrived a bit early despite dah bersenang lenang breakfast kat Mamak ABC. Masing-masing keluar awal sebab nak elak anak-anak nampak mama dan mommy sekalian nak keluar melenjan. But it was alright sebab dah ada staf yang tunggu pun and we straight away didudukkan di sofa yang best without knowing what to expect. Not really... actually my expectation was a bit high. Mau tak. RM200 untuk kuku kaki dan tangan je. Mesti superb!









The ambiance and us.



The soothing gel feet soak, spa pedicure and feet cuticle treatment.


The classic manicure, hand massage & cuticle treatment.



The verdict.




All in all i'm happy with the result. Kuku berkilat, rasa bersih dan kemas. Oh yang berkilat tu we need to add another RM10 for buffing (?). How can this buffing thing being excluded from the package. Dah kalau buat manicure, mesti lah kita nak kuku berkilat sampai boleh buat cermin kan? Aku pun tak perasan tau yang this classic manicure doesn't include nail buffing. Takpe aku redha.


Kesimpulannya, this kind of treatment worth every penny IF we have it for RM38 + RM10. Untuk RM200 as they claimed it supposed to be... maybe not.



Monday, June 13, 2011

A Man Behind the Camera

Anak aku yang seorang ni memang minat sangat dengan kamera. He prefers standing behind the camera rather than posing in front of it. Lagi-lagi kalau ada orang ambil gambar pakai DSLR camera yg muncung-muncung tu. Laaagi la muncung mulut mamat tu menghadap. He once asked me, mama mahal tak camera macam tu? Camera macam tu adalah Canon EOS DSLR. Sambil telan air liur, aku cakap.. mahal… Terus dia senyap huhu.

Kamera aku yang tak seberapa ni memang dh jadi macam hak dia. Asal aku keluarkan kamera, mesti dia yang sibuk nak snap. Tapi bagus juga. Kalau tak memang xde la muka aku kat mana-mana gambar pun. Nak harap ayah Hs? Nan ado.. Kalau aku cakap, ayah pegang camera ni jap. Haaa sampai ke sudah la dia pegang. Kalau aku cakap, ayah.. snap la gambar mama dgn Hs. Dia akan snap dari tempat dia berdiri, tak berganjak. Lepas tu sekali tu je dia snap. Lantak la sana kalau tetiba mulut terjuih. Menci tau :(

Nak dijadikan cerita, last weekend kitorg ke The Mines. Saja bawak Hs ke splash park. Kat rumah swimming pool kemain besar lagi, kat splash park yg air dia takat lutut Haikal tu juga yang kau nk heret anak kau kan? Ye, kalau la aku tau air kat pool tu takat lutut Haikal, idak la aku gedik nak ke sana. Lepas dah bosan main kat situ, kitorg gi main bowling pulak. Seperti yang dijangka aku berjaya menewaskan Ayah Hs :P. Tu la, orang cakap masa kita kecik tangan tu kena bedung. Haa tengok apa dah jadi. Hahaha

Dah puas main kitorang pusing-pusing. Nampak la kat stage tu macam ada catwalk. Rupanya ada Metro Man Search. Tetiba je, out of nowhere Haikal bisik kat aku, mama camera mana? Aku pun keluarkan lah. Laju je dia ambil camera tu, cari ruang kosong and terus snap gambar. Haha lawak je rasa ada budak lelaki umur 4 tahun kapochi nak amik gambar org catwalk. Jantan pulak tu, kalau minah sexy logic la jugak.

So enjoy the unedited photos. Dia masih belum pandai guna zoom. So hadap la kaki lampu, speaker tu sume.














Actually banyak lagi gambar-gambar ntah-apa-apa yang dia ambil. tapi malas lak nak load banyak banyak. Please mind paha Zher (fly FM deejay) yang sebesar betis aku and betis dia yang sebesar lengan aku kat gambar atas ni. How can one be that skinny? Abaikan.

Di manakah kedudukan Hadif time Haikal kapochi snapping photos ni?



Tidur of course. Mamat ni kalau dah ngantuk, gempa bumi pun belum tentu dia sedar.



 Saya adalah mama yang redha dengan Haikal yang suka menjahanamkan menggunakan kamera saya. As long as he's happy, i'm happy. Peace uols.