Monday, February 21, 2011

Sessi Mengumpat Haikal


Sabtu lepas, semangat kami berempat bangun pagi. Nak pergi sekolah Haikal. Ada Parents Sharing Session utk pembelajaran sepanjang January 2011. Nak tau juga ape kebenda yang dia belajar kat sekolah. Kalau tanye, manjang je jawab, “Ntah, abang tak tau pun”. Camno?

     A day before tu dah plan soalan2 yang bakal diajukan kat Teacher Ida. Ye, saya memang LIST-FREAK. Semua benda pun sibuk nak listkan. Bukan ape, dah umur akak-akak ni memang senang hilang ingatan. Pastu dah dua kali went through caeserian (alasan best utk semua benda :)) laaagi la susah nak mengingat. Akhirnya setelah megkaji, menggoogle, ada la 7 soalan penting yang bakal diajukan. Yang pasti saya memang tak mahu jawapan standard. “Yes puan, Your son doing well.” Saya mengharapkan genuine elaboration on how he’s doing in pre-school. Sebagai rujukan untuk anak-anak yang lain pula nanti, maka saya list down the questions:   
  1. Bagaimana dia berinteraksi dengan pelajar lain?
  2. Adakah dia dapat mengikut arahan yang diberikan?
  3. Adakah dia lebih cenderung kepada aktiviti berkumpulan atau individu? 
  4. Adakah dia mengambil bahagian dalam activity berkumpulan?
  5. Bagaimana dengan aktiviti individu ?  
  6. Secara jujurnya, adakah dia tergolong dalam golongan pemalu, degil etc.? 
  7. Bagaimana pencapaian dia dalam akademik (membaca, math, Iqra etc.)?
Sampai GENIUS AULAD pun dah agak lewat, so terpaksa la menunggu. Lama la juga, sampai Hs dah tak rupa orang dah. Memanjat sana sini, huru hara. Macam mana lah all the teachers handle this situation everyday? Salute gilash  :).

 Masing-masing dah tak ingat dunia.

 Tapi Ayah Hs maintain cool.

Anyway, bila sampai turn Haikal, saya dan Ayah Hs pun masuk la dalam kelas. Yang kelakarnya, kami je semangat. Haikal dah mana-mana ntah hilang. Hadif jangan cerita la. Suara pun tak dengar.

Komen-komen dari Teacher Ida adalah secara berikut (Setelah diringkaskan).
  1. Haikal boleh berkawan tapi memilih. Ada beberapa orang je yang dia berkenan. Tapi semua lelaki. Dia sangat pemalu dengan perempuan (sangat yakin ini bukan diwarisi dari ayahnya).
  2. Sangat bagus dalam mengikut arahan. Infact kalau ada budak lain buat salah, dia yang sibuk-sibuk nak tegur.  
  3. Tak berapa suka involve dalam group activity, especially yang nyanyi-nyanyi kena buat gaya. Segan la tu nak menari-nari depan budak-budak pompuan. Padahal kat rumah dok melalak lagu Justin Bieber & Lady Gaga tu x hengat segan pula.
  4. Individual works tak ada masalah sangat. Cuma kalau Teacher tanya, dia lebih cenderung menjawab dalam Bahasa Melayu. Dah tu, mak bapaknya pun tak reti-reti nak communicate in English. Tu pun nasib baik dia tak cakap jawa tau.
  5. In general, He’s progressing well. Especially Iqra’. For month of Jan 2011, pencapaian paling bagus untuk kelas 4 tahun adalah sehingga page 9 (terer gila minah kecik tu) . Alhamdulillah Haikal dah sampai page 8. Tapi untuk starter words book, paling hebat dah sampai page 7 (minah terer tu juga kalau tak salah). Haikal baru page 3. No worries, biar lambat asal selamat. Bukan nak ambil SPM pun tahun ni. hahaha
End of session (Selepas menggelakkan Haikal bagai nak gila, bila Teacher Ida ajuk dialog-dialog dia kat sekolah).

4 comments:

  1. Patutnya Kak Liza buat session ni, ye dak?

    Tapi mau nya monthly charge naik RM400-500 sorang, sebab nak kena ada sorang carer pulak nak memerhati perkembangan bebudak ligat ni. Mau pengsan.

    ReplyDelete
  2. nak ciplak soalan blh tak? utk sek Adzim nnt.. :)

    ReplyDelete
  3. Ahsuez, mau meroyan dorg nak tengok budak-budak tu sorang-sorang. kejap-kejap kang berlari. Melompat. Gigit orang. dah tak tertengok rasanya. haha

    YY, boleh jek. Ade je lagi beberapa soalan umum yang tak dimasukkan.

    ReplyDelete
  4. Ermm good question,bleh guna tuk next sharing day. Btw congrates on ur new addiction;-)

    ReplyDelete