Wednesday, March 30, 2011

Asam Pedas ~ Citarasa Linda Onn.. KONON!



(This entry gonna be long. Like seriously long. So be patient reading it :P)

Last night we went to Tesco Extra Maluri. Niat di hati mahu beli buah-buahan sebab fridge dah kosong.

Prior to menyopping buah tu, kami singgah food court dulu. Tak dinner lagi. Nak makan nasi macam malas pula. Fikir punya fikir punya fikir, order la Mi Bandung kat Stall Asam Pedas ~ Citarasa Linda Onn. 



 Aku tak makan kat sini. Aku makan kat Tesco Extra.



Dalam banyak-banyak stall di situ, kenapa agaknya aku terfikir nak order mi bandung tu. Nak kata aku pernah try sebelum ni, tak ada pula. Senang je, sebabnya gambar ilustrasi di depan kaunter tu agak menarik. Di tambah pula tag harga tu tunjuk RM8.90. So aku berkata-kata dalam hati, mi bandung mahal macam ni, sure sedap.

TAPI. There’s a big tapi over there. Bila aku hirup je kuah mi bandung tu, aku dah rasa macam tak best. Masin. Takpe lah, lapar punya pasal cekik saja lah. Walaupun mulut tak berhenti-henti membebel tak sedap. Kalau nak ikut kan, anak tekak aku ni bukan susah sangat nak pleased pun. Ada rasa sikit je, aku dah kata sedap dah. Tapi yang ni memang, tak terkeluar pun perkataan sedap. Not even okay lah.

That’s not the climax. Korek-korek dalam mangkuk tu ada fish ball. Tanpa berfikir panjang, aku ngap je la. Sekali rasa nak termuntah. Automatik je aku luah balik kunyahan fish ball tu. Dalam hati cakap, macam busuk. Masih positif. Korek lagi. Jumpa sotong pulak. Sekali ngap, automatik terkeluar juga kunyahan sotong. Dalam hati, ish takkan la yang ni pun busuk. Takpe, masih cuba menjadi positif. Korek lagi. Kali ni jumpa udang. Masih tak give-up lalu ngap. That’s it! Ini dah melampau. Berhenti makan terus walaupun belum sampai suku or can I say separuh dari suku pun yang luak. RM8.90? Sila pergi mati. Not even worth RM1.50.

Dengan muka yang berhemah, aku jalan ke kaunter. Bukan untuk minta duit balik. Bukan. Cuma untuk beritahu keadaan mi bandung tersebut. So that diaorang aware la incase diorang tak sedar ada benda-benda yang dah busuk. Bila aku beritahu, muka tu selamba je. Siap jawab ehh takdelah. Udang tu fresh lagi, baru je sampai. Duhh bodoh sangat ke aku sampai udang fresh dgn yang busuk pun tak boleh nak beza. Aku ulang lagi ape benda yang aku cakap sebelum tu dengan nada yang keras, lepas tu aku blah. Guess what? Not a single maaf from them. Yes.

So kepada Linda Onn, kot-kot la awak google nama sendiri lalu terhit blog ni, sila lah take note. Aku tak tau la stall tu manage by you, or awak franchise kan kat orang lain, or memang stall awak tapi awak tak pernah ambil kisah. Yang aku tau, muka awak pegang cili tu ada kat situ. Jadi aku anggap, you have a serious bad taste. 

So there goes the title of this entry!

Friday, March 25, 2011

Sepuluh Malaikat

Mari mengenal sepuluh Malaikat… Murid-murid, hari ini kita nak mengenal nama-nama malaikat.

Semenjak Haikal dah sekolah ni, banyak benda aku kena belajar balik. Supaya boleh catch-up dengan pembelajaran Haikal. So that kalau dia tanya aku boleh jawab tanpa was-was. Selebihnya, boleh la aku membangga diri sebab aku lebih bijak dari dia. Boleh?

Biasanya kalau anak-anak tanya 1+1 or even soalan pengamiran (apekah?) sekali pun insyaallah kita boleh jawab. Tapi kalau bab-bab Islamik ni kadang-kadang kita terlembab, walaupun untuk soalan yang mudah. Kena ambil masa nak mengingat. Tapi kalau stok yang keluar masuk masjid tu, insyaallah tak akan ada masalah sebegini.

Jadi sejajar dengan perkara di atas (eceh.. Macam cikgu BM pula), mari kita mengingat semula nama-nama malaikat. Bukan nak kata kamu orang ni tak tahu, Cuma kadang-kadang kita lupa. Tu yang bila anak tanye, kita pun tergagap-gagap nak jawab.

AYUH KITA MENYANYI.. (Buat la beat sendiri, kang kalau aku nyanyi korang pengsan pula).



Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Sambil menyanyi kita hafal namanya



Actually ni lagu nyanyian kumpulan Raihan. Tak sempat pula nak rakam nyanyian merdu Ahmad Haikal. Belum lagi tengok dia buat gaya. Silap-silap Usher berpaling arah, tak pandang Justin Bieber dah.

Kepada yang berminat nak menurunkan lagu ini kepada anak-anak boleh la google lagu 10 Malaikat. Lirik penuh ada semua tugasan setiap Malaikat tapi untuk budak 4 tahun, cukup la kalau kita perkenalkan dulu nama-nama Malaikat..

Selamat Menyanyi!

Tuesday, March 22, 2011

Willy SataY


Dah lama cari sate yang sedap (baca: diperap elok sehingga boleh rasa rempahnya, ada kilat-kilat minyak) dan yang tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk mengunyah. Gila menyampah kalau kunyah-kunyah sate, especially sate daging, lepas tu kena keluarkan balik akibat give-up mengunyah. Segan okay nak berperlakuan buruk begitu di tempat awam. 

Hari tu kami sekeluarga berkelana ke kajang. Bukan ke Sate Kajang Haji S. Tapi ke Sungai Ramal, mencari di mana duduknya sate willy. I was being introduced to this marvelous satay by my officemates; Rizwan & Sue. Harus la quote nama dorang kan. Kang kate aku lupa daratan pulak. They described the satay as juicy. Enough said, terus teruja.
Gerak lepas maghrib, so bila sampai tu orang masih belum ramai. Parking pun depan kedai. Memang dipermudahkan la senang cerita. Bak orang mengandung pula. BUT I AM NOT okay.
Malas nak cerita panjang pasal sate tu. Korang tengok la sendiri berkilat tak berkilat sate ni.



 Sedap sehingga menjilat lidi.



 Hs makan nasi lemak seringgit.



Senang je nak cari kedai ni. Exit Toll Kajang dari PLUS Highway. Rapat kiri hala ke kajang. Tak jauh dari exit tu, akan Nampak 7-eleven. Belok kiri, Lepas tu akan nampak deret-deret kedai. Sate Willy berada di deretan kedai-kedai berkenaan. 

Selamat Mencuba!








Tuesday, March 15, 2011

With This Little Time, With This Little Strength

Lately ni kerap sangat balik lambat. Extremely busy as if aku seorang yang bekerja kat dunia ni. Ye ini adalah kata-kata orang yang jarang-jarang sekali busy. Sebenarnya tak kisah pun kalau banyak kerja, sebab otak berjalan, badan pun tak lah rasa lemau je, ye dak?

TETAPI kesian sangat dengan Hs. Dan juga Ayah Hs. Bila aku busy, keluar office pun dah 6.30 petang. Itu paling awal. Maka sampai nursery pun dalam 7.15 ke 7.30 petang. Sunguh-sungguh meluruhkan jantung dan melukakan hati sendiri kalau buka pintu nursery dan melihat Hs adalah dua orang terakhir yang tinggal. Lagi-lagi kalau Haikal cakap, "Kenapa mama work lambat, kawan-kawan abang semua dah balik rumah." Aku hanya mampu tersenyum, dengan sedikit penjelasan yang aku banyak kerja. Hadif memang tak faham lah kan. Dalam minggu lepas ada lah beberapa beberapa hari aku sampai nursery selepas pukul 8 malam. Thinking that they're neither seeing me nor Ayah Hs, sedangkan hari dah gelap is killing me.

Selalunya lepas ambil Hs dari nursery, aku akan terus bawa diaorang pergi makan. Tapi lately ni, I don't even have the strength untuk bawa Hs pergi kedai makan. Memikirkan nak menghadap karenah Hs bila kat kedai, dengan badan yang penat. Memang tak tertanggung rasanya. The least yang aku boleh buat, bawa Hs singgah kedai, beli roti, keropok atau apa-apa saja yang Hs nak. Asalkan diaorang happy. FYI, kedai tu pun kat depan nursery je. Tu yang gagah nak singgah.

Bila sampai rumah, kemas-kemas barang sikit. Layan Hs sekejap pastu dah sampai masa tidur. Sejak Haikal sekolah ni, dia tak boleh tidur later than 10pm. Otherwise dia akan buat perangai keesokan paginya. Hadif pula biasanya by 9.30pm dah tertidur. Lagi la singkat masa dengan dia. So sebenarnya dalam dua jam je masa aku dengan Hs dalam sehari.

Keesokan pagi nya dah kalut-kalut bangun pagi, bersilat heret Haikal ke bilik air dan siapkan dia. Hantar Hadif ke nursery, hantar Haikal ke sekolah, menghadap jem kat Besraya dan Jalan Tun Razak dan aktiviti semalam berulang lagi.

Lebih menyedihkan kalau hari Sabtu aku terpaksa ke ofis dan terpaksa hantar Hs ke nursery sementara tunggu Ayah Hs balik lebih kurang pukul 2.30pm. Dan aku hanya akan berjumpa mereka bertiga selepas jam 5pm. Untuk kesekian kali nya, sangat menyedihkan.

Ada masa, aku akan angkut Hs ke ofis. So that aku akan ada lebih masa dengan diaorang. Tapi kalau kerja tu memerlukan fokus yang tinggi, maka aku terpaksa memilih untuk menghantar Hs ke nursery.

Kepada anak-anak mama, mama minta maaf sangat-sangat. I tried my very best to please you two with this little time and strength that I have. Hope both of you are not emotionally affected by my unhealthy lifestyle.


I gave all my love and my heart to you two. And to Ayah Hs juga :)



APART FROM ALL THAT, adalah lebih menyedihkan sekiranya bos aku, En. S (bukan nama sebenar) tidak pernah memandang pun apa yang aku korbankan. Yang confirm dia pandang adalah jam di dinding jika aku sampai ke ofis lewat sedikit sahaja dari pukul 9am. Sangat mengecewakan.

Thursday, March 3, 2011

Bijak Bahasa. The Phonics Way.

Semalam, Haikal berlagak kat Hadif sebab dia dapat buku baru dari Genius Aulad. Sebagai mama yang prihatin saya pun menghentikan aktiviti memasak saya (wahh nak cakap juga yang kau tu masak kan!) dan membelek buku yang dimaksudkan. 




I find it quite interesting because this book actually helps our kid to read by phonetics method, instead of the conventional way of mengeja B . A . BA. So, walaupun anak kita masih belum boleh mengenal huruf, tapi sudah boleh membaca sebab, dia kenal suku kata. Lebih kurang macam IQRA la. Rasanya dah lama kot method ni, cuma saya yang tak prihatin. Tu yang sibuk nak share kat sini, untuk siapa lagi? Untuk kamu-kamu yang kurang prihatin macam saya juga la.



Ni dia tips for us parents untuk mengajar anak-anak membaca suku kata:
  1. Jangan gunakan kaedah mengeja setiap suku kata. Cth: D . A... DA
  2. Sebaliknya gunakan kaedah phonetic di mana setiap suku kata harus dibunyikan dengan menggabungkan huruf konsonan dan vokal. Cth: BA, CA, DA
  3. Pastikan jari anak anda menunjuk pada suku kata yang dibaca. Ini adalah penting untuk melatih koordinasi mata dan tangan sewaktu membaca.
  4. Berikan masa untuk mereka berfikir
  5. Berikan semangat bagi setiap kesusahan dan pujian bagi setiap pencapaian.
Senang je kan? Saya dah cuba kat Haikal. Dalam beberapa kali ulang sahaja, dia dah kenal a, ba, ca, da, fa. walaupun saya uji dalam urutan yang berlainan. Even my baby pun dah mula menyebut a, ba, ca, (sibuk mengajuk abangnya) Alhamdulillah.

Kepada parents sekalian, Selamat mencuba!!



Tuesday, March 1, 2011

Titik Sentuhan... Terus Bertindak.



Huishh, tak boleh blah betul dengan tajuk ni. 

Tahukah anda ini adalah nama bagi satu program dokumentari di TV1. Ala-ala macam Aduan Rakyat kat TV3.  Saya? Saya pun tak tahu. Ye la.. sejak bila pulak sanggup mengadap TV1 kan. Tapi last weekend TERPAKSA tengok sebab Ayah Hs beria2 bagitau yang site dia di Felda Besout tu akan masuk dalam program ni. Rasa-rasanya dia nak bagitau, yang muka dia masuk TV. Tapi segan la tu.

Isu dia, orang-orang Felda sudah hangin satu badan, sebab jalan tu tak siap-siap. (Bukan salah Ayah Hs, sebab dia baru join site tu :P ) Tapi tak kisah la tu kan.. Yang saya kisahkan, saya tak berapa nak tangkap ape benda yang dipaparkan. Sebab? Apa lagi, sebab Haikal terlampau sibuk nak komen pasal Ayah dia. Antara dialog-dialog yang mengganggu pendengaran saya:

  1. Mama, mama.. tengok tu Ayah kat dalam TV.
  2. Kejap ye, kejap ye... nanti Abang tunjuk Ayah (pada masa ni, dia betul-betul berdiri kat depan TV)
  3. Ha ni Ayah, ni Ayah.. Ayah kerja kat lori la... (dengan muka yang sangat kagum.)
  4. Waaahhhh Ayah ada misai. (??)
  5. Ahahaha Ayah dah gemuk. Ayah dah gemuk! (sangat setuju ahaha)
Memang mulut tak berhenti. Tak dapat nak dibayangkan kalau Ayah dia Faizal  Tahir.  Jap. Jap. Nak bayangkan jap... ermmm best!

Secara seriusnya saya bukan nak dengar sangat pun apa yang di paparkan, sebab tak semua yang diberitahu dan dijanjikan adalah betul. Bila kita tengok TV, rasa macam semua yang diaorang cakap tu betul. Tapi realitinya, Hanya orang yang berada di situasi berkenaan yang mengetahui. Mereka tak akan reveal segala masalah dalam TV. Ye la, takkan nak cakap "aah jalan ni memang lambat siap, sebab saya ni hampeh. Lagi 2 tahun siap la." Takkan la kan? Jadi the least they can give is janji. Tapi nak berjanji pun, biarlah logik. Jalan bakal siap pada 10 April 2011? Agak-agak la kan... To date, earthwork pun tak siap lagi. 

Jadi kepada pihak yang berjanji (tak kisah la untuk kes ini atau kes-kes yang lain), sila jangan bagi malu kepada diri sendiri ye.

Btw, teori yang mengatakan kita akan nampak gemuk by beberapa kg dalam TV terbukti betul. Jadi, cita-cita saya untuk masuk AF tahun ni terpaksa saya batalkan.. huhuhu