Tuesday, March 15, 2011

With This Little Time, With This Little Strength

Lately ni kerap sangat balik lambat. Extremely busy as if aku seorang yang bekerja kat dunia ni. Ye ini adalah kata-kata orang yang jarang-jarang sekali busy. Sebenarnya tak kisah pun kalau banyak kerja, sebab otak berjalan, badan pun tak lah rasa lemau je, ye dak?

TETAPI kesian sangat dengan Hs. Dan juga Ayah Hs. Bila aku busy, keluar office pun dah 6.30 petang. Itu paling awal. Maka sampai nursery pun dalam 7.15 ke 7.30 petang. Sunguh-sungguh meluruhkan jantung dan melukakan hati sendiri kalau buka pintu nursery dan melihat Hs adalah dua orang terakhir yang tinggal. Lagi-lagi kalau Haikal cakap, "Kenapa mama work lambat, kawan-kawan abang semua dah balik rumah." Aku hanya mampu tersenyum, dengan sedikit penjelasan yang aku banyak kerja. Hadif memang tak faham lah kan. Dalam minggu lepas ada lah beberapa beberapa hari aku sampai nursery selepas pukul 8 malam. Thinking that they're neither seeing me nor Ayah Hs, sedangkan hari dah gelap is killing me.

Selalunya lepas ambil Hs dari nursery, aku akan terus bawa diaorang pergi makan. Tapi lately ni, I don't even have the strength untuk bawa Hs pergi kedai makan. Memikirkan nak menghadap karenah Hs bila kat kedai, dengan badan yang penat. Memang tak tertanggung rasanya. The least yang aku boleh buat, bawa Hs singgah kedai, beli roti, keropok atau apa-apa saja yang Hs nak. Asalkan diaorang happy. FYI, kedai tu pun kat depan nursery je. Tu yang gagah nak singgah.

Bila sampai rumah, kemas-kemas barang sikit. Layan Hs sekejap pastu dah sampai masa tidur. Sejak Haikal sekolah ni, dia tak boleh tidur later than 10pm. Otherwise dia akan buat perangai keesokan paginya. Hadif pula biasanya by 9.30pm dah tertidur. Lagi la singkat masa dengan dia. So sebenarnya dalam dua jam je masa aku dengan Hs dalam sehari.

Keesokan pagi nya dah kalut-kalut bangun pagi, bersilat heret Haikal ke bilik air dan siapkan dia. Hantar Hadif ke nursery, hantar Haikal ke sekolah, menghadap jem kat Besraya dan Jalan Tun Razak dan aktiviti semalam berulang lagi.

Lebih menyedihkan kalau hari Sabtu aku terpaksa ke ofis dan terpaksa hantar Hs ke nursery sementara tunggu Ayah Hs balik lebih kurang pukul 2.30pm. Dan aku hanya akan berjumpa mereka bertiga selepas jam 5pm. Untuk kesekian kali nya, sangat menyedihkan.

Ada masa, aku akan angkut Hs ke ofis. So that aku akan ada lebih masa dengan diaorang. Tapi kalau kerja tu memerlukan fokus yang tinggi, maka aku terpaksa memilih untuk menghantar Hs ke nursery.

Kepada anak-anak mama, mama minta maaf sangat-sangat. I tried my very best to please you two with this little time and strength that I have. Hope both of you are not emotionally affected by my unhealthy lifestyle.


I gave all my love and my heart to you two. And to Ayah Hs juga :)



APART FROM ALL THAT, adalah lebih menyedihkan sekiranya bos aku, En. S (bukan nama sebenar) tidak pernah memandang pun apa yang aku korbankan. Yang confirm dia pandang adalah jam di dinding jika aku sampai ke ofis lewat sedikit sahaja dari pukul 9am. Sangat mengecewakan.

7 comments:

  1. Esah........... k ana mula2 baca, tahan air mata, spai tang tengah bertakung air mata, bila dah nak dekat abis tu, mengalir ler setitik dua.... tp bila tang last sekali tu... k ana gelak sakan... tak tahan baca yg En S (bukan nama sebenar)... warrrkaakakaka warrrrkaaaakkaaaa... adoi laaa... abis touching aku tadi.. huhhhhhh buang karan jer...

    jgn risau, anak2 kita pandai, dia akan faham, slowly... jgn sedih2...

    ReplyDelete
  2. K anna, entry ni dibuat memang untuk tahap mengalir ayaq mata setitik dua ja. Kang lebih-lebih kang, kena takung air banjir kat ofis ni pulak.. k anna jugak yg susah. hahaha

    ReplyDelete
  3. sila attach kat appraisal form this year....klu tak En.S (bukan nama sebenar) x tau apa yg terjadi....maybe dia ingat ko ni malas bgn pagi.....hahhahha

    ReplyDelete
  4. Owh sgt sedih entry ni. Maka sangat tepatlah keputusan kami laki bini angkut Alany pepagi pergi keja, sampai umah sesama time magrib. At least sejam perjalanan tu dia dalam dakapan aku...cheewah! Inilah reality ko keje kat bandar kolumpo ni. The biggest enemy adalah masa/time!

    En S (bukan nama sebenar) tu lebih kurang sama dgn En S (nama sebenar) kat opis aku...

    ReplyDelete
  5. Icha, lepas ni kalau dia suruh aku hantar caused letter, aku tayah draft ape-ape dah. aku bagi link ni je. hahaha

    Sue, Ye sangat tepat keputusan anda itu. Boleh tambah sejam pergi dan sejam balik. Errr btw, kita bukan satu office kan? huhuhu

    ReplyDelete
  6. huhuhu...
    cian ko esah...
    sabaq nooo...
    insyaAllah, setiap yg berlaku ada hikmahNya...
    -cik inah edward-

    ReplyDelete