Semalam, Haikal berlagak kat Hadif sebab dia dapat buku baru dari Genius Aulad. Sebagai mama yang prihatin saya pun menghentikan aktiviti memasak saya (wahh nak cakap juga yang kau tu masak kan!) dan membelek buku yang dimaksudkan.
I find it quite interesting because this book actually helps our kid to read by phonetics method, instead of the conventional way of mengeja B . A . BA. So, walaupun anak kita masih belum boleh mengenal huruf, tapi sudah boleh membaca sebab, dia kenal suku kata. Lebih kurang macam IQRA la. Rasanya dah lama kot method ni, cuma saya yang tak prihatin. Tu yang sibuk nak share kat sini, untuk siapa lagi? Untuk kamu-kamu yang kurang prihatin macam saya juga la.
Ni dia tips for us parents untuk mengajar anak-anak membaca suku kata:
- Jangan gunakan kaedah mengeja setiap suku kata. Cth: D . A... DA
- Sebaliknya gunakan kaedah phonetic di mana setiap suku kata harus dibunyikan dengan menggabungkan huruf konsonan dan vokal. Cth: BA, CA, DA
- Pastikan jari anak anda menunjuk pada suku kata yang dibaca. Ini adalah penting untuk melatih koordinasi mata dan tangan sewaktu membaca.
- Berikan masa untuk mereka berfikir
- Berikan semangat bagi setiap kesusahan dan pujian bagi setiap pencapaian.
Senang je kan? Saya dah cuba kat Haikal. Dalam beberapa kali ulang sahaja, dia dah kenal a, ba, ca, da, fa. walaupun saya uji dalam urutan yang berlainan. Even my baby pun dah mula menyebut a, ba, ca, (sibuk mengajuk abangnya) Alhamdulillah.
Kepada parents sekalian, Selamat mencuba!!
Correct. This is actually the better way for kids to learn how to read. Letters means nothing to them since we don't really speak 'in letters' we speak in suku kata (for example, I don't say bola as "B O L A" but "BO LA").
ReplyDeleteWord World has many good series where they pronounce the letters, not say the letters. For example, D as 'deh, O as "oa" G as "geh" and it became DOG.